Halaman

Guli

 


Permainan ini menggunakan guli sebagai peralatan utama. Terdapat dua jenis guli yang sering digunakan iaitu ‘guli kaca’ dan ‘guli batu kapur’. Guli kaca yang berwarna warni digunakan sebagai ‘guli taruhan’ manakala guli batu kapur bertindak sebagai ‘guli induk’


Asal-Usul Guli:

Permainan guli, juga dikenali sebagai Kelereng, merupakan satu permainan tradisional Melayu yang digemari oleh kanak-kanak pada waktu lapang mereka. Biasanya, permainan guli dimainkan pada musim panas atau musim kemarau kerana pemain perlu tanah yang kering untuk menggali lubang. Apabila tanah menjadi lembap, permainan guli tidak seberapa kerana buah guli akan menjadi lembik. Pada zaman dahulu, guli dibuat dengan membulatkan potongan-potongan kayu yang berukuran lebih kurang sebesar sebiji telur ayam. Selepas Perang Dunia Pertama, guli mulai diperbuat daripada bahan kapur yang dicampur dengan simen dan berukuran sebesar ibu jari kaki. Kini, guli biasanya diperbuat daripada bahan kaca dalam pelbagai saiz, dari yang sekecil jari kaki kelingking hingga yang sebesar ibu jari kaki.


Peraturan Permainan :

Sebelum memulakan permainan, penentuan giliran perlu diadakan dengan berdiri di sebelah bulatan atau kawasan berlorek dan melorekkan guli induk ke arah garisan penanda. Posisi guli yang berada sebelum garisan akan diberikan keutamaan berbanding dengan guli yang berada selepas garisan penanda. Pemain yang memiliki guli yang paling hampir dengan garisan dan tidak melepasi garisan penanda akan mengambil giliran pertama. Seorang pemain dianggap telah kalah jika guli induknya tersangkut di dalam bulatan. Namun, pemain masih boleh dianggap 'hidup' jika guli induknya keluar dari bulatan akibat terkena lontaran guli yang dilakukan oleh pemain lain. Tidak ada cara tetap untuk mengakhiri permainan. Biasanya, keputusan untuk meneruskan atau mengakhiri permainan perlu dibuat melalui perbincangan dan persetujuan bersama.




Rujukan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan